TARIKH | : 1 JULAI 2019 (ISNIN) |
MASA | : 9:30 PAGI |
TEMPAT | : PI FELDA AIR TAWAR 1 |
Tujuan
Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penggunaan teknologi maklumat
Aktiviti
- Peserta didedahkan tentang kepentingan email
- Peserta diminta mencipta email sendiri
- Peserta ditugaskan untuk menghantar email kepada peserta lain supaya lebih memahami cara penggunaan email yang betul
TARIKH | : 3 MEI 2019 (JUMAAT) |
MASA | : 8:00 PAGI - 12:00 TGHRI |
TEMPAT | : PI FELDA AIR TAWAR 1 |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
- Zumba
- Ceramah Kesihatan - Tangani Stress
- Ucapan perasmian oleh Ketua Kampung Felda Air Tawar 1
- Penyampaian hadiah kepada peserta yang telah bersama-sama menyertai program Jom Sihat
TARIKH | : 1 APRIL 2019 (ISNIN) |
MASA | : 9:30 PAGI - 11:00 PAGI |
TEMPAT | : PI FELDA AIR TAWAR 1 |
Tujuan
Mendedahkan kanak-kanak dengan pembelajaran yang lebih berkesan apabila mereka sedang berseronok
Aktiviti
-Kanak-kanak ditayangkan video menyanyi sambil belajar
-Kanak-kanak menyanyi lagu yang telah dipelajarinya
TARIKH | : 13 APRIL 2019 (SABTU) |
MASA | : 9:30 PAGI - 1:00 TENGAHARI |
TEMPAT | : PI FELDA AIR TAWAR 1 |
Tujuan
Kursus Pemasaran Homestay Secara Digital oleh MDEC ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam memasarkan Hoemstay mereka secara dalam talian.
Aktiviti
-Usahawan diterangkan kelebihan memasarkan kemudahan Homestay mereka dalam talian serta web-web tertentu.
-Wakil MDEC memperkenalkan Myhome Sharing, AirBNB dan Experience Host kepada usahawan.
-Usahawan diminta untuk membuka web AirBNB untuk mereka melihat sendiri kelebihan memasarkan Homestay melalui web tersebut.
TARIKH | : 10 MAC 2019 |
MASA | : 9:30 PG - 12.00 TENGAHARI |
TEMPAT | : PI FELDA AIR TAWAR 1 |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan microsoft Office terutamanya microsoft Excel.
Aktiviti
- -Pelajar akan didedahkan tentang caramenggunakan microsoft excel dengan betul dan beberapa fungsi yang berada di Excel.
- -Peserta kelas yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM membuat label nama dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.
-Seterusnya, peserta diberikan tugasan Excel untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam menggunakan microsoft office tersebut.