Diasaskan oleh En. Abdul Rahman Bin Yahaya dan Pn. Rubiah Binti Mahamud sejak dari tahun 1999, DOANA FROZEN FOOD boleh dikategorikan sebagai salah satu syarikat SME(Small & Medium Enteprise) yang berjaya. Setelah berjaya memasuki pasaran disekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, DOANA FROZEN FOOD berjaya menempa nama di pasaran Borneo, Brunei, Singapura dan Dubai dengan menggunakan nama BEST FOOD.
Syarikat ini mempunyai 40 orang pekerja dan beroperasi dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin- Jumaat). Antara produk mereka yang mendapat tempat dihati pembeli ialah pelbagai jenis karipap, samosa dan pau.