Rajah 3.6 : Antara produk yang dihasilkan Aniera Enteprise 

Umum tahu bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara yang beriklim tropika yang mengalami taburan hujan dan panas sepanjang tahun. Hal ini membolehkan Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Antara tumbuhan yang membawa banyak manfaat dan mudah ditemui di Malaysia ialah pokok kelapa yang membawa kepada penemuan minyak kelapa dara.

 

Minyak kelapa dara atau nama saintifiknya virgin coconut oil (VCO) dikatakan mempunyai ribuan khasiat yang masih belum dikenalpasti. Ia dikatakan boleh membantu memperbaiki sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit, menurunkan berat badan di samping digunakan dengan meluas dalam produk kosmetik. Minyak kelapa dara memberi dimensi baru kepada masyarakat hari ini yang cenderung memilih ubatan dari bahan alami berbanding produk klinikal.

 

Menyedari tentang khasiat minyak kelapa dara ini, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Aniera Enterprise telah mengkomersialkan produk dengan penghasilan pelbagai jenis produk berasaskan minyak kelapa dara. Antara produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat ini ialah minyak urut kelapa dara, pelembab rambut dan badan, sabun serta minyak wangi. Harga yang ditawarkan dari lingkungan RM6.00 hingga RM20.00 bergantung kepada saiz dan jenis produk itu sendiri. 

 

Beralamatkan No. 380, Felda Air Tawar 1, 81920 Kota Tinggi, Johor, Aniera Enteprise telah bertapak selama hampir 3 tahun boleh dihubungi melalui nombor telefon 019-7499010 (Azhar)

sumber : http://aniera2u.blogspot.my/p/hubungi-kami.html