USAHAWAN SOLEKAN
Nama | : Zuridah Bt Mat Shah |
Umur | : 36 Tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar Belakang
Zuridah memulakan kerjayanya sebagai juru solek sambilan dan kemudiannya membuka perniagaan Bridal sendiri bersama suami.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M
Pada mulanya Zuridah mempromosikan perniagaannya agak sedikit. Malah, kelas latihan ushawan (solekan) yang diadakan juga tidak mendapat sambutan yang menggalakkan berikutan kekurangan promosi dan pemilihan lokasi yang tidak sesuai.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M
Setelah Zuridah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT, perniagaannya mula mendapat sambutan dari orang ramai. Bahkan, ia membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan Zuridah dengan lebih meluas lagi. Jika dahulu, Zuridah hanya menjalankan perniagaannya sekitar gugusan Air Tawar, kini ia berkembang ke seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak PI1M Felda Air Tawar 1 turut membantu mempromosikan perniagaan dan membuka peluang kepada Zuridah untuk mengadakan kelas latihan usahawan (solekan) di premis PI1M.