NAMA : AZILA BINTI ZAINAL
UMUR : 49 TAHUN
AHLI : 2 TAHUN

Latar Belakang

Puan Azita seorang usahawan kecil Jahitan pelbagai baju di Kampung Felda Air Tawar 1 Kota Tinggi

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Puan Azita merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dengan menghasilkan rekaan jahitan dan design baju moden dan terkini. Beliau telah menceburi bidang ini selama 20 tahun dan beroperasi di rumah. Dahulunya promosi jahitannya hanyalah melalui flyers dan orang perseorangan sahaja kerana kurang medium promosi secara dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Beliau mula mempelajari promosi secara online dan mencipta web serta laman sosial. Menurutnya, beliau bercadang dan berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan jahitannya.