NAMA : RABIATUL ADAWIYAH
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2014

Latar Belakang

Merupakan anak kepada usahawan IKS (perniagaan kerepek). Beliau sering membantu ibunya dalam menghasilkan kerepek di kampung Felda Air Tawar 1 iaitu Perusahaan Ummi. Kemudian Beliau menghadiri kelas membuat kek dan mula beniaga kek secara kecil-kecilan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit, tempahan kek juga tidak mendapat sambutan berikutan kekurangan promosi dan lokasi yang tidak sesuai.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas. Jika dahulu hanya di sekitar gugusan Air Tawar, kini perniagaan berkembang ke seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak PI Felda Air Tawar 1 turut membantu mempromosikan perniagaan dan membuka peluang kepada pihak kami untuk mengadakan kelas latihan usahawan (membuat kek) di premis PI.