NAMA : TANTY DAYANA BT ABD RAHMAN
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : NOV 2019

Latar belakang

Seorang wanita yang berkerja dan menjalankan perniagaan secara suka-suka pada mulanya. Beliau merupakan peniaga yang berniaga secara dropship di laman sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit dan kurang memberangsangkan kerana kurang terdedah dengan medium media sosial. Beliau menjual jenis makanan seperti kek, daging perap dan barangan kosmetik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan beliau secara meluas. Kini perniagaannya mendapat tumpuan orang ramai terhadap produk jualannya. Tambahan lagi, beliau kerap membuat promosi di Media Sosial seperti facebook dan group niaga di whatsapp.