NAMA : NORMALA BINTI ABU SAMAH
UMUR : 41 TAHUN
AHLI : 2022

Latar belakang

Puan Normala merupakan surirumah sepenuh masa yang memulakan hobi meliau dengan mengubah. Dengan hobinya itu, beliau telah memulakan perniagaan dengan menghasilkan bouquet dirumah. Beliau mendapat tempahan bouquet untuk pelbagai hari keramaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama dalam mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan PEDi . Pendapatan saya hanya sekitar RM 50 – RM 200 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di PEDi dan Rakan Digital, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 300 – RM 800 sebulan.