NAMA : JUNAINAH BINTI ISMAIL
UMUR : 37 TAHUN
AHLI : 2019

Latar Belakang

Junainah Ismail merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan dengan menjadi Dropship setahun yang lalu untuk mengisi masa yang terluang. Beliau menjalankan perniagaan melalui medium whatsapp dan facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama dalam mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADI . Pendapatan saya hanya sekitar RM 50 – RM 200 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di PEDi dan Rakan Digital, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 300 – RM 800 sebulan.