atv park

 

ATV Park ini memulakan operasinya pada bulan Jun 2013 dengan tiga buah ATV terpakai yang dibeli secara bersama dengan rakan-rakan dengan menawarkan pengalaman melakukan aktiviti lasak dengan menunggang motosikal beroda empat sekitar trek ini sahaja.

 
Kini ATV Park mempunyai 13 kenderaan pelbagai guna dari model Quad-Tek buatan Malaysia mampu menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem ini.
 
Malah, trek yang disediakan sesuai bagi mereka yang baharu pertama kali mahu mencuba sukan yang mencabar fizikal dan mental.
 
Bagi yang berminat untuk mencuba sukan ekstrem ini bolehlah menghubungi Uzali di talian 019-2201489, 019-6187277 (Ithnin) atau 016-7543647 (Roslee).