NAMA : SUHADA BINTI PANI
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2015

Latar Belakang

Merupakan peniagaan dropship yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan  sejak tahun 2017. Beliau menjalankan perniagaan secara dalam talian.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Perniagaan agak perlahan malah ramai yang kurang mengetahui perniagaan itu kerana kurang membuat promosi.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Perniagaannya telah menjadi tumpuan terutamanya golongan wanita. Kini perniagaannya semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi di media sosial seperti Facebook dan group whatsapp perniagaan.

NAMA : NOR ANNISHA BINTI MAHAT
UMUR : 42 TAHUN
AHLI : 2017

Latar Belakang

Merupakan peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan bermula dengan kedai kecil di hadapan rumah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit kerana tidak mahir dalam mempromosikan perniagaan dimedia sosial. Beliau menjual pelbagai jenis makanan seperti Air Jagung, Jagung Cheese, Cheesy Wedges dan sebagainya. Tetapi kurang mendapat sambutan dari penduduk sekitar. Perniagaannya hanya diketahui oleh jira-jiran sekitarnya.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan secara meluas kerana beliau kerap mempromosikan perniagaan beliau di facebook dan group niaga diwhatsapp. Beliau juga menyediakan penghantaran makanan (COD) kepada pelanggan-pelanggannya.

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar Giatmara Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Hal ini kerana, pelajar ini  perlu menggunakan komputer disetiap tugasan pembelajaran.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak mahir menggunakan Microsoft Office.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutamanya dalam penggunaan Words. Pelajar ini semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, pelajar ini juga sudah tahu menggunakan email dengan baik.

 

NAMA : SITI NURAZIRA BINTI TALIB
UMUR : 43 TAHUN
AHLI : 2010

Latar Belakang

Merupakan peniaga Topup Prepaid yang telah bertapak sejak tahun 2012. Premis perniagaan beliau juga terdapat perkhidmatan fotostat serta menjual peralatan telefon bimbit.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Malah ramai yang kurang mengetahui perniagaannya itu kerana premis perniagaannya agak terpencil.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas. Perniagaannya telah menjadi tumpuan utama penduduk kampung untuk menilai tambah prepaid. Kini perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi/ iklan di media sosial seperti facebook dan group perniagaan whatsapp.

NAMA : NORSYUHADAH BINTI KASIM
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2017

Latar belakang

merupakan peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan bermula dengan mengambil tempahan dalam kuantiti yang kecil. beliau berniaga bersama suaminya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Beliau menjual Roti John dan ABC. Tetapi tidak ramai yang mengetahui perniagaannya itu. Perniagaannya hanya diketahui oleh kenalan rapat dan penduduk sekitarnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pengetahuan dalam ICT telah meningkat lagi perniagaan  beliau secara meluas. Kini perniagaannya telah mendapat tempat dihati para pelanggan. Perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi di media sosial seperti facebook dan whatsapp. Beliau juga menyediakan perkhidmatan pernghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya.