NAMA       : NURATIKA NATASHA MOHD SALLEH
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : SEPTEMBER 2018

Latar Belakang

Natasha merupakan anak sulung dan baru sahaja tamat Tingkatan 5. Beliau membantu ibunya berniaga secara kecil-kecilan di rumah.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Natasha tidak tahu menggunakan serta mengendalikan komputer secara betul dan efektif.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Natasha diajar dan dibimbing cara-cara menggunakan komputer dengan betul mengikut peringkat umurnya. Beliau seorang yang mudah belajar. Jadi, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menguasai Microsoft Office ini. Malah, Natasha juga diajar untuk membuat resume sebagai persediaan dalam bidang pekerjaan kelak.

NAMA : SITI JUNAINA BINTI JAMARI
UMUR : 32 TAHUN
AHLI : 2014

Latar Belakang

Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan menghasilkan pepes sahaja. Sehingga kini, beliau telah pun memperbagaikan jenis produk dan mempunyai 15 orang pekerja. Beliau telah menjalankan operasi kilangnya pada pertengahan tahun 2017.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi syarikat hanya melalui flyers dan orang perseorangan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Dengan penghasilan video syarikat, sekaligus mempromosikan lagi produk syarikat dengan lebih meluas.

 

 

NAMA : HANAFIAH BIN HUSSIN
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : -

Latar Belakang

Beliau membuat kerja sambilan  mencuci serta pembersihan kawasan rumah, kebun, sekolah dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan komputer serta kurang promosi tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

Selepas Penggunaan ICT/ Pnglibatan PI

Lebih cekap dalam penggunaan komputer dan beliau mula mempromosikan perkhidmatan mencuci di facebook

 

NAMA : SITI AISHAH BT MOHD SALLEH
UMUR : 32 TAHUN
AHLI : 16/1/2012

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang guru tadika swasta. Beliau berniaga produk makanan kering berbentuk kekacang sebagai punca pendapatan sampingan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak kurang. mendapat sambutan. Hal ini kerana, beliau kurang pendedahan dengan penggunaan media sosial seperti facebook.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula memasarkan perniagaan makanan ringannya di lama sosial sekaligus membantu menjana ekonomi beliau. Jika dahulu hanya di sekitar gugusan Air Tawar 1, kini perniagaan berkembang  ke seluruh daerah Kota Tinggi.

 

NAMA     : NURUL FARHANA BINTI DAIM
UMUR : 25 TAHUN
AHLI : 19 DISEMBER 2010

 

Latar belakang

Mula berniaga pada tahun 2016. Bermula dengan membuat perhiasan bunga sebagai salah satu hobi pada masa lapang. Kemudian setelah mendapat sokongan ahli keluarga, beliau mula mempromosikan hiasan bunga kepada orang ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hiasan Bunga kurang mendapat sambutan. Hanya kenalan rapat sahaja yang tahu tentang perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mula membuat mempromosikan perniagaan hiasan bunga di media social seperti Facebook dan Instagram. Semakin banyak tempahan yang diterima seperti tempahan untuk perhiasan Mini Pelamin, Majlis Bertunang dan sebagainya.