NAMA : FATIMAH BINTI ASAD
UMUR : 49 TAHUN
AHLI : 2013

Latar belakang

Merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam aktiviti komuniti dan ingat menambah pendapatan sampingan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan hanya rakat rapat , saudara-mara sahaja yang tahu perniagaan yang diusahakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT terutamanya dalam penggunaan Facebook dan Whatsapp telah meningkatkan lagi perniagaan acar tahunnya dan kerepek pisang. Permintaan semakin tinggi terutamanya dimusim perkahwinan dan majlis-majlis keramaian lain.

NAMA : NURATIKA BINTI HANIFF
UMUR : 29 TAHUN
AHLI : 2016

Latar belakang

Menjalankan perniagaan dengan hasil jahitan. Bukan sahaja menjahit pakaian, tetapi beliau mula giat menghasilkan facemask dan facemask adapter berikutan pandemic Covid-19.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan jahitannya hanyalah diketahui oleh rakan-rakan terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semakin mendapat tempahan jahitan setiap bulan. Ditambahan pulak permintaan terhadap facemask adapter yang semakin tinggi, jualannya semakin diketahui ramai. Beliau banyak mempromosikan hasil jahitannya dimedia sosial seperti Facebook dan Whatsapp

NAMA : NOOR SYAFIENA BT SUNARTO
UMUR : 20 TAHUN
AHLI : 2018

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang ingin tingkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan Microsoft Office

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak tahu menggunakan komputer serta fungsinya dan tidak mahir menggunakan Microsoft Word.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutama dalam penggunaan Words, semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, beliau juga boleh menggunakan email dengan baik.

NAMA : TANTY DAYANA BT ABD RAHMAN
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : NOV 2019

Latar belakang

Seorang wanita yang berkerja dan menjalankan perniagaan secara suka-suka pada mulanya. Beliau merupakan peniaga yang berniaga secara dropship di laman sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit dan kurang memberangsangkan kerana kurang terdedah dengan medium media sosial. Beliau menjual jenis makanan seperti kek, daging perap dan barangan kosmetik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan beliau secara meluas. Kini perniagaannya mendapat tumpuan orang ramai terhadap produk jualannya. Tambahan lagi, beliau kerap membuat promosi di Media Sosial seperti facebook dan group niaga di whatsapp.

NAMA : SUHAILA BINTI AHMAD
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2018

Latar Belakang

Merupakan peniaga yang berniaga secara dropship secara kecik-kecilan dengan berniaga di laman sosial dan di pasar malam.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit kerana tidak mahir dalam mempromosikan perniagaan dimedia sosial. Beliau menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti popia simpul, cornflakes sira, popcorn dan pisang salai.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kemahiran dan pengetahuan dalam ICT telah meningkatkan lagi perniagaan beliau secara meluas. Kini perniagaannya mendapat tumpuan orang ramai terhadap produk jualannya. Tamabahan lagi, beliau kerap membuat promosi di media sosial seperti Facebook dan group niaga di Whatsapp. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya secara percuma.